Pada platform X, atau dulunya dikenali dengan Twitter, terdapat beberapa akaun yang dengan sengaja akan berkongsi sesuatu perkongsian yang membawa kepada memancing interaksi. Hal ini mula bertambah dengan lebih mendadak sejak X mula melakukan perkongsian wang iklan dengan sejumlah akaun yang menerima kadar interaksi tinggi.

Perkara ini, sekaligus membawa kepada perkongsian kandungan yang tidak begitu membantu, dan lebih bertujuan kepada sekadar memancing interaksi semata-mata.
Menyedari perkara ini, kini Elon Musk mengumumkan yang mana sebarang akaun yang didapati dengan sengaja memancing interaksi, akan mula digantung.
Buat masa ini, Elon Musk tidak menyatakan apakah yang dikategorikan sebagai perbuatan yang memancing interaksi ini. Namun, daripada perkongsian ringkas pemilik X berkenaan, ia didapati turut melibatkan pencurian kandungan – dimana Elon Musk mengatakan sekiranya terdapat sebarang aktiviti sebegitu, ia akan dibawa kepada sumber asal sesuatu perkongsian.