Carian
Industri Permainan Video Di Malaysia Dijangka Menjana Pendapatan RM3.1 Bilion Pada 2024
April 19, 2024 Aman

Menteri Digital, Gobind Singh Deo kini berkongsi menyatakan pendapatan yang dijana oleh industri permainan video di Malaysia, dijangka akan mencapai nilai RM3.1 bilion pada tahun 2024 ini. Ini sekaligus memperlihatkan peningkatan positif dari tahun ke tahun.

Perkara ini dikongsikan beliau ketika pelancaran Xsolla Curine Academy, iaitu sebuah pusat pembelajaran yang memfokuskan kepada pembangunan permainan video – berpusat di Kuala Lumpur.

Buat masa ini, terdapat beberapa syarikat yang membangunkan permainan video di Malaysia – terutamanya memfokuskan permainan pada platform mudah-alih.

Selari dengan perkongsian ini, Menteri Digital turut menyatakan yang mana MDEC sedia membantu dalam perkembangan arena industri permainan video di Malaysia, terutamanya dari segi perkembangan IP, pembangunan bakat, dan juga pelaburan.

Komen