Carian
MediaTek Melancarkan Cip Dimensity 6300 Dengan Teknologi 6nm
April 19, 2024 Amy Maizuraa

MediaTek telah melancarkan cip Dimensity 6300 baharu yang memberi penekanan terhadap permainan dan kamera lebih baik. Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz. Ini dipadankan dengan GPU Arm Mali-G57 MC2 dan modem 5G dengan piawaian 3GPP Release-16. Selain turut menyokong teknologi MediaTek HyperEngine untuk pengalaman permua yang dipertingkatkan.

Turut diberikan ialah sokongan skrin yang boleh mencapai 120Hz pada resolusi 2520 x 1080 piksel. Diikuti juga kekerapan memori sehingga 2133MHz dan storan berasaskan UFS 2.2 sebagai pelengkap. Cip ini juga menyokong kamera sehingga 108MP serta membawakan sokongan Wi-Fi 5 (a/b/g/n/ac) dan bluetooth 5.2. Realme C65 5G dijangka menjadi peranti pertama yang dikuasai cip pemproses ini.

Komen