Carian
Sony Menjadualkan Acara Khas Pada 17 Mei 2024
April 19, 2024 Amy Maizuraa

Sony dalam persiapan untuk sebuah acara khas yang dijadualkan berlangsung di Tokyo, Jepun pada 17 Mei 2024. Acara ini dinamakan sebagai Xperia Special Event 2024 dan diumumkan di laman web rasmi Sony sejak semalam.

Tiada butiran lanjut tersedia buat masa ini. Namun penggunaan tagline Xperia menjadi satu-satunya petunjuk yang boleh mengaitkannya dengan pelancaran produk baharu iaitu Xperia 1 VI. Malahan terdapat juga sesi pengalaman bersama produk yang disenaraikan melalui jadual acara turut mampu menguatkan spekulasi tersebut. Selain itu, pengenalan generasi Xperia terdahulu juga diperkenalkan dalam tempoh garis masa yang lebih kurang sama.

Kesemua ini bagaimanapun hanya jangkaan awal semata yang dirasakan lebih baik menunggu kemaskini selanjutnya daripada pihak Sony sendiri. Untuk rekod Xperia 1 V telah diumumkan pada Mei tahun lalu dengan cip Snapdrafon 8 Gen 2 dan kamera Exmor T Mobile 52MP. Perant juga sedia dijual di Malaysia dengan harga RM 6,399 (12/256GB).

Komen