Netflix kini berkongsi perkembangan terkini syarikat, menyatakan pada suku tahunan lepas, ia menyaksikan peningkatan seramai 9.3 juta pelanggan pada peringkat global. Ini sekaligus membuatkan angka pelanggan keseluruhan Netflix kini mencapai 269.60 juta, setakat 31 Mac 2024 lepas.
Walaubagaimanapun, pihak Netflix menekankan yang mana ini adalah kali terakhir mereka melakukan perkongsian berkaitan angka pelanggan, dan akan berhenti melaporkannya selepas ini.
Bergerak kehadapan, Netflix menyatakan akan berkongsi berkenaan masa penggunaan perkhidmatan mereka sebagai ganti kepada angka pengguna ini. Langkah ini juga mungkin selari duntuk menarik lebih ramai pengiklan ke platform mereka.
Dengan persaingan sengit dalam arena penstriman video kebelakangan ini, sama-sama kita nantikan apakah langkah seterusnya Netflix dalam usaha mengekalkan pelanggan dan mengelak mereka ke platform lain.