Carian
Kini Anda Boleh Sembang Guna Google Chat Secara Rentas Platform Bersama Microsoft Teams
April 21, 2024 Aman

Bagi anda yang menggunakan Google Workspace, kini Google mengumumkan telah membuka ciri perbualan secara rentas platform bersama pengguna platform seperti Microsoft Teams atau Slack. Dengan langkah ini, pengguna boleh kekal menggunakan platform Google Chat – tetapi bersembang dengan pasukan lain atau syarikat lain yang menggunakan Slack atau Microsoft Teams, tanpa perlu menggunakan platform berkenaan.

Walaubagaimanapun, untuk menggunakan ciri ini, pengguna perlu menggunakan sebuah aplikasi tambahan dinamakan Mio – dan ia merupakan penawaran berbayar. Setelah mengujinya secara terhad sebelum ini, kini Google mengumumkan semua pengguna Google Workspace boleh menggunakan ciri yang ditawarkan Mio ini.

Untuk menggunakannya, anda perlu mempunyai akaun berbayar Google Workspace, dan juga langganan berbayar Mio. Walaupun membawa kepada kos lebih tinggi, tetapi ia mungkin lebih memudahkan pengguna daripada perlu memasang dan menggunakan lebih dari satu aplikasi untuk berkomunikasi.

Bagi anda yang berminat dengan ciri ini, boleh mencubanya dengan melayari laman Mio hari ini.

Komen