Carian
Kerajaan Sedang Teliti Pakej 5G Khas Untuk Mahasiswa
April 21, 2024 Aman

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil kini menyatakan kerajaan sedang meneliti pakej 5G Rahmah khusus untuk para mahasiswa, dalam usaha memastikan penggunaan rangkaian generasi baharu berkenaan lebih rancak.

Pada masa yang sama, penawaran pakej khusus berkenaan dijangka akan mengurangkan kos yang ditanggung pengguna untuk tujuan langganan dan akses data.

Sebelum ini, kerajaan sedia menawarkan beberapa pakej khusus dalam mengurangkan beban, selain meningkatkan kadar penggunaan data – termasuk Pakej Rahmah 5G dan juga Pakej P-Hailing Rahmah.

Sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan perkembangan pakej 5G khas untuk mahasiswa ini tidak lama lagi.

Komen