Honor X7b 5G telah dilancarkan secara rasminya di Malaysia pada hari ini. Ia membawakan beberapa perubahan berbanding generasi sebelum bagi tujuan memberikan pengaman peranti mudah alih dengan ciri yang menarik.

Melaluinya Honor X7b dilengkapi skrin LCD FHD+ 6.8-inci dengan kadar segar semula 90Hz untuk pengalaman tontonan yang mendalam. Ia juga dikuasai cip pemproses MediaTek Dimensity 6020 dengan gabungan memori 8GB RAM dan storan 256GB. Selain turut dibekalkan bateri sebesar 6,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 35W sebagai pelengkap peranti.


Tetapan kamera pula terdiri dengan 108MP (utama) + 2MP (kedalaman) + 2MP (makro) bersama sensor hadapan 8MP untuk swafoto dan panggilan video. Lain-lain spesifikasi termasuklah pengimbas cap jari sisi, pembesar suara stereo, bicu audio 3.5mm dan menjalankan MagicOS 7.2 (Android 13).


Bagi yang berminat, Honor X7b dijual di Malaysia pada RM899 dengan pilihan warna seperti Crystal Silver dan Emerald Green. Ketersediaan adalah bermula 25 April 2024 melalui pengedar sah rasmi Honor di seluruh Malaysia.
