Susulan daripada pelancaran Honor Pad 9 WiFi, Honor kini meneruskan usaha untuk menyediakan pilhan lebih baik buat pengguna dengan menawarkan versi 5G pula. Ia sesuai digunakan untuk tujuan tertentu yang sekaligus memungkin pengguna untuk menikmati pelbagai bentuk pengalaman penggunaan yang efisien.


Honor Pad 9 5G ialah tablet yang besar dengan paparan IPS LCD 12.1-inci yang beresolusi 2560 X 1600 piksel. Paparan juga menyokong beberapa ciri tambahan lain seperti kadar segar semula 120Hz, nisbah skrin-ke-badan 88% dan kemampuan 1.07 bilion warna. Ini diikuti juga dengan cip Snapdragon 6 Gen 1, memori 8GB RAM dan storan 256GB yang digunakan sebagai tunjang utama.


Selain itu, terdapat kamera utama 13MP dan swafoto sebesar 8MP. Diikuti juga dengan bateri 8,300mAh bersama pengecasan 35W dan lapan pembesar suara berteknologi Honor Histen. Pengalaman menjadi lebih baik lagi dengan adanya sokongan Honor Choice Pensil dan paparan kekunci bluetooth pintar untuk tujuan kerja lebih efektif.


Bagi yang berminat, Honor Pad 9 5G dijual di Malaysia pada RM 1,799 sebuah dengan warna Space Gray. Ketersediaan adalah bermula sekarang melalui pengedar sah rasmi Honor di seluruh Malaysia.
