Carian
Honor MagicBook X 16 (2024) Dijual Pada Harga RM2,999
April 22, 2024 Amy Maizuraa

Honor secara rasminya mengumumkan ketersediaan MagicBook X 16 2024 di Malaysia. Ia menawarkan reka bentuk anggun bersama pengalaman pintar serba boleh. Seterusnya memungkin komputer riba ini mampu memberikan pengalaman produktiviti yang baik dalam kelasnya.

Melaluinya Honor MagicBook X 16 (2024) menawarkan pilihan paparan 1920 X 1200 piksel sebesar 16-inci dengan kemampuan engsel boleh dibuka sehingga 150 darjah. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan gabungan CPU Intel Core i5-12450H, GPU Intel UHD Graphics, memori 8GB RAM (LPDDR4x) dan storan 512GB untuk tunjang utama. Kemudian diikuti dengan bateri sebesar 42Wh, pengecasan pantas 65W, kamera web 720P, sambungan bluetooth 5.1 dan NFC sebagai pelengkap.

Bagi yang berminat, Honor Magic X16 2024 dijual pada RM2,999 sebuah dengan warna Gray. Ketersediaan adalah bermula 25 April 2024 melalui pengedar sah rasmi Honor di seluruh Malaysia.

Komen