Carian
Selangor High Tech Park Akan Ditubuhkan Di Bukit Beruntung Dengan Fokus Industri Semikonduktor
April 22, 2024 Aman

Pada acara KL20 hari ini, kerajaan Selangor turut telah mengambil ruang dalam memfokuskan kepada pembangunan arena semikonduktor di Selangor. Untuk tujuan ini, dua perkara diumumkan, iaitu pembangunan IC Design Park yang berpusat di Puchong, dan juga pembentukkan Selangor High Tech Park di Bukit Beruntung.

Untuk IC Design Park, kerajaan negeri Selangor telah mendapatkan komitmen daripada beberapa pihak, termasuk ARM Ltd, Phison Malaysia, SkyeChip, dan juga Shenzhen Semiconductor Industry Association.

Berpusat di Puchong, ia akan beroperasi sekitar Julai 2024, dan dijangka menempatkan sekurangnya 300 jurutera tempatan dalam arena rekabentuk IC.

Disamping itu, kerajaan Selangor juga dalam proses membentuk Selangor High Tech Park dengan fokus terhadap industri semikonduktor di Bukit Beruntung. Maklumat lanjut berkaitan dengan Selangor High Tech Park dijangka dikongsikan tidak lama lagi.

Komen