Carian
Nubia Neo 2 5G Dijual Di Malaysia Pada Harga RM999
April 22, 2024 Amy Maizuraa

Seperti yang dijanjikan, harga jualan rasmi untuk Nubia Neo 2 5G dikongsikan pada hari ini. Anda yang berminat boleh mendapatkannya pada harga RM999 dengan pilihan warna Sunfire Yellow, Frost Silver dan Storm. Sesi pratempah juga telah dibuka sehingga 27 April 2024 dengan hadiah percuma berupa ZTE Bluetooth Earphone (bernilai RM159).

Nubia Neo 2 5G dilancarkan dengan spesifikasi kelas pertengahan. Antara yang paling menonjol pada peranti sudah tentulah reka bentuk bercirikan futuristik. Skrin 6.72″ IPS LCD FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz, dijana cip Unisoc T820, memori 8GB RAM, storan dalaman 256GB dan bateri sebesar 6,000mAh yang menyokong pengecasan 33W.

Kamera utama pula terdiri dengan 50MP sudut lebar dan 2MP kedalaman sementara kamera swafoto adalah sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuk pembesar suara stereo, sambungan bluetooth 5.2, pengimbas cap jari sisi dan NFC. Yang menjadikan Neo 2 5G menarik ialah ia hadir dengan butang bahu fizikal seperti peranti gaming yang lebih premium.

Pemilik boleh memprogramkan makro kepada butang-butang fizikal ini bagi memberikan kelebihan dalam sesi permainan.

Komen