Cari @ Amanz

Acer Veriton S2720G Dan Veriton X2720G Diperkenalkan Untuk Kegunaan Harian Pejabat

Oleh Nazrin

Link Copied!

Acer Malaysia baru sahaja memperlihatkan dua buah model komputer desktop terbaru mereka, Acer Veriton S2720G dan Acer Veriton X2720G yang boleh dimanfaatkan untuk kegunaan produktiviti di pejabat pada kos harga mampu milik, tetapi mengandungi prestasi perkomputeran generasi terbaru.

Kedua-dua komputer desktop ini tampil dengan cip pemprosesan Intel generasi ke-14 Raptor Lake Refresh Core i3 dan Core i5 dan merumahkan jumlah memori DDR5 8GB dan storan SSD 512GB yang boleh dinaiktarafkan oleh pengguna sendiri ataupun bahagian IT syarikat sekiranya lebih banyak kapasiti memori dan storan diperlukan.

Juga dirumahkan didalam kedua-dua komputer desktop ini ialah perisian terbina seperti Acer Office Manager, Acer Control Center and Acer ProShield Plus yang membantu dalam mengurusi produktiviti dan kemaskini pada komputer desktop ini dengan cepat dan mudah.

Acer Malaysia mengatakan bahawa Acer Veriton X2720G dengan cip pemprosesan Intel Core i3 dan Intel Core i5 generasi ke-14 Raptor Lake Refresh sudahpun ditawarkan melalui Acer eStore pada harga RM2899 dan RM3289, manakala Acer Veriton S2720G dengan cip pemprosesan Intel Core i5 generasi ke-14 Raptor Lake Refresh juga ditawarkan pada harga RM3399.


Komen ()