Carian
TikTok Akan Saman Amerika Syarikat Sekiranya Dipaksa Jual Atau Dihalang Akses
April 22, 2024 Aman

TikTok kini dilaporkan telah memaklumkan pekerja mereka yang TikTok akan melawan Amerika Syarikat di mahkamah sekiranya aplikasi berkenaan dipaksa dijual atau dihalang akses.

Amerika Syarikat sebelum ini dilihat ingin menghalang akses kepada TikTok kerana didakwa menjadi proksi kepada China. Perkara berkenaan telah ditolak oleh TikTok, dan meminta sebarang bukti kepada tuduhan berkenaan. Sehingga kini, tiada maklumbalas rasmi kerajaan Amerika Syarikat yang mendedahkan TikTok menjadi proksi China, selain daripada syarikat berkenaan berasal dari negara tanah besar berkenaan.

Mengikut laporan, pihak Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya. TikTok mempunyai sekitar 170 juta pengguna di Amerika Syarikat, dan boleh dikatakan ia antara negara dengan angka pengguna ramai bagi platform berkenaan.

Komen