Carian
Apple Dilaporkan Mungkin Menerima Hak Siaran Untuk Kejohanan Kelab Bola Sepak FIFA Pada 2025
April 23, 2024 Aman

Apple sedia menambah beberapa kandungan memfokuskan kepada sukan pada platform penstriman Apple+ mereka, dan kini dilihat akan terus menambah yang lain. Mengikut laporan NYT, Apple kini menghampiri untuk menerima hak siaran bagi sebuah kejohanan baharu FIFA.

Kejohanan FIFA Club World Cup ini akan berlangsung di Amerika Syarikat pada 2025 kelak, dan memperlihatkan sekitar 32 pasukan dari pelbagai benua dan rantau bersaing untuk memenangi kejohanan berkenaan. Kejohanan dunia memfokuskan kelab ini turut menyertakan nama besar seperti Manchester City, Real Madrid dan sebagainya.

Sekiranya Apple berjaya mendapatkan hak siaran ini, ia sekaligus akan membolehkan lebih ramai melanggan perkhidmatan penstriman berkenaan di peringkat dunia dalam mengikuti kejohanan bola sepak berkenaan. Sebelum ini, Apple sedia mempunyai hak siaran selama 10 tahun untuk Major League Soccer.

Komen