Carian
TIME Kemaskini Pelan Langganan Internet – Kini Bermula RM99 Sebulan Untuk 200Mbps
April 23, 2024 Aman

TIME baru-baru ini telah melakukan naik-taraf kelajuan internet bagi para pengguna sedia ada mereka. Melaluinya, pengguna pelan 100Mbps dinaik-taraf kepada 200Mbps, 300Mbps kepada 500Mbps dan 500Mbps kepada 600Mbps.

Selari dengan perubahan berkenaan, kini TIME turut memperkenalkan pelan untuk pengguna baharu, dimana kini ia bermula RM99 sebulan untuk pelan asas 200Mbps. Disamping itu, pengguna turut ditawarkan pelan 600Mbps pada harga RM139 sebulan.

Dengan langkah ini, pengguna akan dapat menikmati kelajuan internet lebih tinggi, pada harga langganan lebih rendah berbanding sebelum ini.

Komen