Carian
Rekaan Honor 200 Lite Kini Mula Diperlihatkan
April 23, 2024 Amy Maizuraa

Perkembangan terkini mendedahkan bahawa Honor dalam persediaan hadir dengan peranti kelas pertengahan baharu. Ianya dikenali sebagai Honor 200 Lite dan laman pengiklanan rasminya juga sedia diterbitkan sejak beberapa hari lalu.

Melaluinya ia menunjukkan peranti boleh didapati dalam tiga pilihan warna seperti Starry Blue, Cyan Blue dan Black. Ia juga menampilkan binaan yang ergonomik melalui gabungan tubuh yang sepenuhnya rata dan sisi yang membulat. Seterusnya panel hadapan pula menyokong lubang kamera berbentuk pil di bahagian tengah. Diikuti juga panel belakang yang menampilkan bonggol kamera segi empat bersama kamera utama 108MP dan LED Flash.

Peranti dikatakan mempunyai ketebalan 6.78mm dan berat 166 gram. Kemudiannya menyokong pengimbas cap jari sisi yang terbina pada butang kuasa. Butiran lanjut mengenai saiz skrin, cip pemproses, kapasiti bateri dan lain-lain masih belum diketahui. Begitu juga dengan tarikh pelancaran rasmi yang dijangka boleh didedahkan dalam masa terdekat ini.

Komen