Carian
CelcomDigi Perkenal Pas Perayauan Haji – RM128 Untuk Internet Tanpa Had 45 Hari Di Arab Saudi
April 23, 2024 Aman

CelcomDigi kini hadir dengan pas perayauan khas untuk mereka yang akan ke Arab Saudi bagi tujuan haji atau umrah. Dinamakan sebagai Pas Perantauan Haji, CelcomDigi menawarkan akses internet tanpa had dan 30 minit panggilan suara, pada harga RM128.

Pas internet ini adalah untuk digunakan selama 45 hari lamanya, di Arab Saudi. CelcomDigi menyatakan tawaran pas ini adalah untuk tempoh terhad sahaja, dan walaupun dikatakan internet tanpa had, pengguna dihadkan kepada hanya 2GB setiap hari, selama 45 hari. Sekiranya melangkaui had berkenaan, kelajuan akan dihadkan kepada 1Mbps sehingga hari seterusnya.

Penawaran pas ini mungkin sangat membantu bagi anda yang akan menunaikan umrah atau haji dalam masa terdekat ini.

Komen