Carian
Acer PD163Q Ialah Paparan Dwi-Skrin Yang Menggandakan Produktiviti Anda Pada Harga RM1699
April 24, 2024 Nazrin

Jika anda seorang yang memerlukan beberapa buah skrin untuk menjadi produktif, Acer Malaysia telah mengumumkan sebuah produk baru yang memberikan anda bukan satu, tetapi dua skrin tambahan dimana sahaja anda berada dengan Acer PD163Q.

Paparan skrin ini tampil dengan dua skrin IPS 16 inci dengan resolusi Full HD dan kadar segar semula 60Hz dengan sudut pandangan 170 darjah. Paparan skrin ini juga tampil dengan dua palam USB Type-C yang boleh digunakan untuk menguasakan paparan ini.

Anda boleh menyambungkan komputer anda ke paparan ini melalui palam Mini HDMI yang terbina, dan anda akan mendapat dua paparan skrin tambahan yang boleh dimuatkan secara mendatar ataupun menegak, bergantung kepada keperluan anda.

Acer Malaysia sudahpun mula membuka pra-tempahan untuk paparan skrin Acer PD163Q ini di laman web Acer Store Malaysia pada harga RM1399, dimana harga asalnya ditetapkan pada RM1699.

Komen