Carian
Adobe Perkenal Model Firefly 3 Dengan Sokongan Generatif Lebih Baik
April 23, 2024 Aman

Adobe hari ini telah mengumumkan pengenalan generasi ketiga untuk sokongan penjana berasaskan kecerdasan buatan mereka, dinamakan Adobe Firefly. Melalui kemaskini baharu ini, Adobe menyertakan sokongan menghasilkan gambar yang lebih realistik berbanding versi sebelum ini.

Dinamakan sebagai Adobe Firefly Image 3 Model, ia juga kini menghasilkan sesuatu gambar dengan lebih pnatas berbanding sebelumnya – selain kawalan kreatif yang lebih baik melalui model baharu ini. Model baharu ini juga mempunyai keupayaan untuk mengambil gambar rujukan dalam penjanaan mereka – sekaligus memudahkan lagi anda menghasilkan gambar akhir yang dikehendaki.

Buat masa ini, Firefly 3 ini boleh diakses melalui aplikasi web Firefly ataupun melalui Photoshop Beta dan Indesign. Bagi anda yang berminat, boleh mencubanya hari ini.

Komen