Carian
Apple Menjadualkan Acara Khas Pada 7 Mei – Dijangka Memperkenalkan Siri iPad Baharu
April 23, 2024 Aman

Apple kini menjadualkan sebuah acara pengumuman khas pada 7 Mei 2024, dimana kita mungkin melihat pengenalan siri iPad baharu pada tarikh berkenaan. Melalui gambar yang dikongsikan, Apple memfokuskan kepada penggunaan Apple Pencil – memberikan petanda pada pengenalan iPad generasi baharu.

Mengikut laporan sebelum ini, Apple dijangka memperkenalkan iPad Pro dan juga iPad Air generasi baharu pada awal Mei, dimana ia akan hadir dengan kemaskini pada spesifikasi melalui penggunaan cip Apple M baharu.

Bersama-sama dengannya, Apple turut dijangka mengumumkan aksesori seperti Apple Magic Keyboard baharu dan juga Apple Pencil.

Dengan perkongsian terbaru Apple ini, sama-sama kita nantikan 7 Mei 2024 ini untuk melihat kejutan yang disediakan oleh Apple melalui tablet baharu mereka.

Komen