Carian
Ray-Ban Meta Kini Boleh Lakukan Panggilan Video Dan Mengawal Apple Music
April 24, 2024 Effi Saharudin

Cermin mata pintar Ray-Ban Meta telah dikemaskini lewat malam semalam dengan bingkai baharu dan juga beberapa ciri menarik yang menjadikannya lebih menarik untuk dipakai. Pertama sekali bingkai baharu Skyler menyasarkan pengguna yang inginkan cermin mata pintar yang kelihatan klasik serta lebih feminin.

Seperti model-model sebelum ini, Skyler ditawarkan dalam enam pilihan seperti warna hitam, krim dan lutsinar. Pada model Headliner pula, pilihan bahagian hidung yang lebih rendah juga ditawarkan. Seterusnya Ray-Ban Meta kini akhirnya boleh melakukan panggilan video menerusi WhatsApp dan Messenger. Arahan suara boleh dilakukan untuk memulakan panggilan video.

Ciri Meta AI multimodal juga akhirnya diaktifkan kepada pengguna di Amerika Syarikat dan Kanada selepas ia diuji sejak Disember tahun lalu. Walaupun ciri ini boleh digunakan oleh lebih banyak pengguna, ia masih lagi di peringkat beta. Akhir sekali pemilik Ray-Ban Meta kini boleh mengawal aplikasi Apple Music menggunakan kawalan suara.

Komen