Carian
Huawei Membentuk Jenama Baharu Memfokuskan Teknologi Swapandu – Dinamakan Qiankun
April 24, 2024 Aman

Huawei kini membentuk sebuah jenama perisian baharu dibawah mereka yang akan memfokuskan kepada penawaran teknologi swapandu, dinamakan sebagai Qiankun. Langkah ini sekaligus memperlihatkan fokus Huawei dalam menjadi antara pemain utama industri automotif, terutamanya kereta elektrik.

Huawei Car Kereta

Qiankun dijangka akan menawarkan sejumlah sistem, termasuk sistem swapandu, sistem inforia, dan sebagainya. Huawei menyasarkan sekitar 500,000 kenderaan dijana dengan sistem mereka ini menjelang penghujung 2024 kelak, melalui sekitar 10 model kenderaan baharu.

Selain pembangunan sistem, Huawei juga turut ada melabur dalam pembangun serta pengeluar kenderaan Aito – yang turut dijangka menggunakan sistem baharu ini kelak.

Buat masa ini, Huawei dijangka bekerjasama dengan pengeluar kenderaan di China sahaja untuk perisian baharu ini. Ia tidak diketahui lagi bilakah ia akan diperluaskan ke pasaran luar China.

Komen