Carian
Google Menangguhkan Sekali Lagi Penamatan Penggunaan Kuki Pihak Ketiga Pada Chrome
April 24, 2024 Aman

Google sebelum ini telah mengumumkan langkah untuk menamatkan penggunaan kuki pihak ketiga pada pelayar web Chrome, sekaligus memberikan lebih privasi kepada para pengguna. Namun, langkah berkenaan masih belum diimplementasikan dan telah ditangguhkan sebelum ini.

Kini, Google mengumumkan ia sekali lagi ditangguhkan, dan dijangka hanya akan diimplementasikan sekitar 2025 kelak. Ini boleh dikatakan Google telah menangguhkan pelaksanaan halangan kuki untuk tempoh yang agak lama berbanding perancangan awal pada tahun 2020 lepas.

Penangguhan ini juga akan memberikan lebih masa kepada industri pengiklanan dalam terus mengoptimasikan penawaran mereka, dan menguji pelbagai kaedah dalam menyasarkan iklan selepas ini. Buat masa ini, ia dijangka Google akan mengimplementasi halangan kuki pihak ketiga ini menjelang awal 2025 kelak. Sama-sama kita nantikan pelaksanaannya ataupun mungkinkah ia tertangguh lagi?

Komen