Cari @ Amanz

X Bakal Melancarkan Aplikasi Untuk Televisyen Tidak Lama Lagi – Dengan Fokus Terhadap Video

Oleh Aman

Link Copied!

X atau dahulunya dikenali dengan Twitter, kini dalam perancangan untuk melancarkan sebuah aplikasi khusus untuk kaca televisyen. Berbeza dengan penawaran pada peranti mudah-alih, aplikasi X pada televisyen akan memfokuskan kepada video.

Melaluinya, ia akan memaparkan sejumlah video-video yang sedang sohor kini berasaskan kepada algoritma, dan seterusnya memudahkan pengguna menontonnya. Ia juga akan hadir dengan sokongan pelbagai televisyen pintar, selain kemudahan untuk membuat carian pantas.

Buat masa ini, ia tidak dikongsikan lagi bilakah aplikasi ini akan dilancarkan. CEO X menyatakan ia akan diperkenalkan dalam masa terdekat ini.


Komen ()