Carian
Moondrop MIAD 01 Dilancarkan Dengan DAC HiFi dan Dua Bicu Audio
April 25, 2024 Effi Saharudin

Moondrop MIAD 01 kini rasmi di China dengan ia membawa kemampuan audio HiFi kepada sebuah telefon pintar Android. Yang menjadikan MIAD 01 bukan sahaja terletak pada DAC terbina tetapi juga dengan dua bicu audio. Satu bicu audio 4.4mm balanced dan satu lagu 3.5mm.

Peranti hadir dengan skrin 6.7″ OLED 120Hz, cip Dimensity 7050, memori 12GB RAM LPDDR4X, storan 256GB UFS 3.1 dan bateri 5000 mAh dengan pengecasan 33W PD. Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 64MP dan satu lagi sensor kedalaman. Di hadapan terdapat pula kamera swafoto 32MP.

Storan kecil boleh ditambah sebanyak 2TB menggunakan kad mikro SD. Sistem operasinya pula adalah Android 14. Bagi menawarkan audio kualiti HiFi secara terus, MIAD 01 hadir dengan DAC Cirrus Logic MasterHIFI. Keperincian mengenai model DAC yang digunakan tidak boleh dikongsi pada ketika ini.

Di China Moondrop MIAD 01 akan dijual bermula hari ini pada harga RMB 2499 (~RM 1650) sebuah.

Komen