Cari @ Amanz

WhatsApp Akan Mempunyai Ciri Menghasilkan Kumpulan Tersorok

Link Copied!

Kelak pengguna WhatsApp akan dapat menghasilkan kumpulan yang tersorok (Hidden Group). Kumpulan ini hanya dapat dilihat dan dicari oleh mereka yang menjadi ahli atau telah menerima jemputan daripada pemilik. Ciri ini ditemukan oleh WABetaInfo dalam aplikasi versi 2.24.9.20 yang kini dalam ujian beta.

Kumpulan tersorok ini mungkin boleh digunakan bagi tujuan menghasilkan kumpulan yang tidak boleh dikesan. Contohnya untuk membincangkan projek rahsia syarikat atau menghasilkan kesatuan sekerja di pejabat tanpa ia dapat dilihat oleh majikan. Seperti kesemua ciri beta di WhatsAp, belum diketahui bila ciri ini akan diberikan kepada semua pengguna.

Pada waktu yang sama WhatsApp juga menguji ciri melakukan panggilan suara dalam aplikasi kepada pengguna yang nombornya tidak disimpan. Skrin dialer” untuk melakukan panggilan suara ditemukan pula dalam aplikasi versi 2.24.9.28 yang juga di peringkat beta. Selepas ini panggilan suara WhatsApp boleh dilakukan tanpa nombor perlu disimpan terlebih dahulu.


Komen ()