Carian
CEO TikTok Jangka Akan Menang Dari Segi Perundangan Ke Atas Paksaan Amerika Syarikat
April 25, 2024 Aman

Pada awal pagi ini, Presiden Amerika Syarikat telah menandatangani RUU yang memaksa Bytedance untuk menjual TikTok sekiranya ingin terus beroperasi di Amerika Syarikat. Jikalau tidak, aplikasi berkenaan akan dihalang akses di negara berkenaan.

Lanjutan daripadanya, kini CEO TikTok berkongsi menyatakan mereka menjangkakan aplikasi tersebut akan terus beroperasi di negara berkenaan seperti biasa. CEO TikTok menekankan yang mana perlembagaan dan pelbagai fakta adalah pada pihak mereka, dan dijangka akan menang terhadap sebarang kes dari segi perundangan.

Pihak Bytedance sendiri sebelum ini telah menyatakan tidak akan menjual operasi TikTok, disamping kerajaan negara China yang menetapkan keperluan mempunyai pengesahan pihak berkuasa China untuk jualan sebarang perkara melibatkan algoritma dan kecerdasan buatan.

Di Amerika Syarikat, terdapat sekitar 170 juta pengguna TikTok, dan ia juga turut menyumbang secara ekonomi dengan membantu peniaga kecil dan sebagainya. Sama-sama kita nantikan perkembangan kes ini, dan bagaimana TikTok akan terus beroperasi di negara berkenaan.

Komen