Carian
iQOO Z9x 5G Dengan Snapdragon 6 Gen 1 Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM598
April 25, 2024 Effi Saharudin

Seperti diacah oleh pihak iQOO Malaysia minggu lalu, iQOO Z9x 5G kini dilancarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan. Peranti ini dilengkapi skrin 6.72″ IPS LCD FHD dengan kadar segar semula 120Hz, dijana cip Snapdragon 6 Gen 1, memori 8GB RAM, storan sehingga 256GB dan bateri 6000 mAh yang menyokong pengecasan 44W.

Kamera utama di belakang hadir dengan lensa sudut lebar 50MP dan lensa mengesan kedalaman 2MP. Di hadapan pula sensor 8MP pula digunakan untuk kamera swafoto. Terdapat pengimbas cap jari pada bahagian sisi, speaker mono, bicu audio 3.5mm dan sokongan NFC. Kemampuan kalis airnya pula ialah IP64.

Di Malaysia iQOO Z9x 5G dijual pada harga promosi RM598 (8/128GB) dan RM701 (8/256GB) sebuah dengan hadiah percuma fon telinga berwayar iQOO XE160, jaminan tambahan 1 tahun dan jaminan skrin pecah 365 hari bernilai RM177. Selepas tempoh promosi pada 8 Mei, peranti akan dijual pada harga RM879 dan RM1047 sebuah.

Komen