Carian
Oppo A60 Akan Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi
April 25, 2024 Amy Maizuraa

Oppo Malaysia dalam persediaan hadir dengan peranti baharu yang dinamakan sebagai A60. Peranti ditawarkan dalam dua pilihan warna yang termasuk biru dengan panel belakang berkilat. Diikuti juga bonggol kamera bujur yang memuatkan dua sensor dan sebuah LED Flash. Selain gabungan tubuh yang sepenuhnya rata dan sisi membulat sebagai pelengkap.

Cuma sayangnya Oppo masih mengambil pendekatan untuk berahsia mengenai perkakasan dalaman dan tarikh pelancaran rasmi. Ia bagaimanapun diyakini boleh dikongsikan dalam masa terdekat dan kami juga pastinya akan melaporkannya menerusi artikel yang akan datang.

Komen