Carian
HMD
HMD Pulse Pro, Pulse+ Dan Pulse Dilancarkan – Cip Unisoc T606, Mudah Dibaiki
April 25, 2024 Amy Maizuraa

HMD akhirnya memperkenalkan barisan telefon pintar pertamanya di bawah nama Pulse Pro, Pulse Plus dan Pulse. Rekaan kesemua peranti tampil ringkas tetapi apa yang menjadikannya menarik ialah kebolehan membaiki sendiri bahagian yang rosak.

Bermula dengan HMD Pulse Pro, ia dilengkapi skrin 6.65-inci HD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ini dipadankan dengan cip Unisoc T606 dengan memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB untuk tunjang utama. Bateri 5000mAh yang disertakan boleh dicas semula melalui port USB-C dan pengecasan 20W. Seterusnya terdapat juga kamera utama 50MP + 2MP dan swafoto 50MP sebagai pelengkap peranti. Lain-lain spesifikasi termasuklah pengimbas cap jari sisi, port USB-C, NFC, bluetooth 5.1 dan bicu audio 3.5mm sebagi pelengkap.

HMD Pulse+ dan HMD Pulse pula berkongsi sebahagian besar spesifikasi yang sama. Ini termasuklah skrin 6.65-inci HD+ 90Hz, dijana cip Unisoc T606 dan bateri sebesar 5,000mAh. Peranti juga menawarkan pengimbas cap jari sisi, kalis air IP52, port USB-C, NFC dan bicu audio 3.5mm. Satu-satunya perbezaan di antara peranti adalah tetapan kamera utama swafoto. Pulse+ dilengkapi kamera 13MP + 2MP dengan swafoto sebesar 8MP. Sementara itu Pulse pula menawarkan kamera utama 50MP + 2MP dan swafoto 50MP.

Komen