Carian
Threads Perkenal Ciri Menghalang Perkataan Tertentu Lebih Menyeluruh dan Membisukan Notifikasi
April 26, 2024 Effi Saharudin

Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna aktif bulanan. Semakin banyak ciri pada Threads kini menyerupai apa yang telah ditawarkan di Twitter/X untuk sekian lama. Pagi ini Adam Mosseri, mengumumkan beberapa lagi ciri baharu yang memberikan kuasa kawalan kandungan lebih menyeluruh di tangan pengguna.

Pertama sekali ciri “Hidden Words” yang memberikan kuasa pengguna menghalang frasa tertentu pada keseluruhan aplikasi. Sebelum ini perkataan yang dihalang hanya ditapis pada komen yang dibalas pada hantaran pengguna. Kini ia ditapis pada susur mas dan juga komen pada hantaran lain.

Seterusnya pengguna boleh mengawal siapa boleh melakukan petikan (quote) pada hantaran mereka. Ini akan dapat menghalang diri mereka menjadi mangsa serangan kerana hantaran mereka tidak disukai pengguna lain. Akhir sekali pengguna juga boleh membisukan notifikasi untuk hantaran tertentu.

Hidden Words telah diaktifkan kepada semua pengguna manakala ciri lain akan diberikan secara berperingkat.

Komen