Carian
Microsoft Kini Menawarkan MS-DOS 4.0 Dalam Bentuk Sumber Terbuka
April 26, 2024 Aman

Microsoft bersama-sama IBM, hari ini mengambil langkah untuk menawarkan kod sumber untuk MS-DOS 4.0, sekaligus membolehkan para pembangun untuk melihat kod pada sistem operasi yang diperkenalkan sekitar 37 tahun lepas.

MS-DOS 4.0 merupakan sistem operasi berasaskan kepada MS-DOS 2.0, dan hadir dengan beberapa penambah-baikkan, termasuk kod multi-tugasan oleh IBM. MS-DOS 4.0 sebelum ini telah diperkenalkan pada tahun 1986 yang lepas, dan turut dikuasakan menggunakan kod yang dibangunkan ketika hampir 45 tahun lepas.

Microsoft mengatakan para pengguna boleh menjalankan kod sumber ini pada komputer IBM PC XT, selain menggunakan pelagak PCem dan juga 86box. Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan kod sumber ini melalui laman Github rasmi hari ini.

Komen