Carian
Hisense Jamin VIDAA OS Boleh Muat Turun Dan Buka Aplikasi Dalam Masa Beberapa Saat
April 26, 2024 Fahim Zahar

Hisense adalah pengeluar barangan elektronik yang semakin popular. Produk mereka yang popular adalah televisyen pintar yang mana baru-baru ini mereka akan membawa masuk televisyen dengan skrin MiniLED ULED X. Keunikan pada televisyen Hisense adalah mereka menggunakan sistem operasi tersendiri VIDAA OS.

Semasa acara pengumuman televisyen baharu untuk pasaran ASEAN di Bangkok, Hisense telah mengumumkan VIDAA OS serba baharu. VIDAA kini membenarkan pengguna mengawal televisyen dan aplikasi menggunakan telefon pintar. Bukan itu sahaja, VIDAA turut boleh muat turun, buka atau tukar ke aplikasi lain dengan sangat pantas berbanding televisyen pesaing.

Contoh yang diperlihatkan adalah muat turun aplikasi berat di gedung mereka mengambil masa sekitar 7 saat. Hidupkan televisyen sehingga skrin utama muncul dan sedia dikawal adalah sekitar 3 saat. Akhir sekali tukar dari satu aplikasi ke aplikasi lain mengambil masa sepantas 2 saat. Menurut wakil Hisense, VIDAA OS mengikut strategi LG iaitu sistem operasi ringan berasaskan web. Ia tahan lebih lama, lebih selamat dan dijamin tidak akan ada masalah lengah masa.

Komen