Carian
WhatsApp Android Mula Menyokong Nyahkunci Imbasan Wajah – Terhad Untuk Pixel 8
April 26, 2024 Fahim Zahar

Kebanyakan aplikasi Android yang memerlukan sekuriti tambahan hanya akan menyokong imbasan cap jari. Hanya semasa Pixel 4 dilancarkan, Google cuba meyakinkan ramai pembangun mengimplementasikan imbasan wajah peranti Android dengan kamera swafoto dan sensor Soli untuk sekuriti sebagai jawapan kepada Face ID oleh Apple. Tetapi ia tidak berjaya sehinggalah tahun ini.

Google berjaya meyakinkan Meta untuk menyertakan ciri nyahkunci berasaskan imbasan wajah pada WhatsApp hanya dengan Pixel 8 dan Pixek 8 Pro. Walaupun kedua-dua Pixel 8 ini menggunakan kamera swafoto biasa sahaja, ciri nyahkunci wajah yang digunakan adalah dengan gabungan cip Tensor G3 dan pembelajaran mesin. Buat masa ini masih tidak pasti jika ia akan dikembangkan ke peranti Android lain.

Turut tidak pasti adakah imbasan wajah dengan kamera swafoto + cip sekuriti + algoritma cukup selamat untuk jangka panjang? Adakah ia boleh diimplementasikan pada aplikasi perbankan? Sama-sama kita nantikan.

Komen