Carian
Prism+ Luna Smart Air Conditioner Dan Aura Smart Air Purifier Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM429
April 26, 2024 Amy Maizuraa

Prism+ hari ini melancarkan dua perkakas rumah iaitu Luna Smart Air Conditioner dan Aura Smart Air Purifier untuk pasaran Malaysia. Pengenalan ini merupakan kali pertama bagi Prism+ menawarkan produk sedemikian di negara ini. Selain turut menawarkan teknologi canggih yang mampu menjadikan rumah lebih selesa, moden dan sesuai dengan citarasa.

Luna Smart Air Conditioner dipasarkan sebagai penghawa dingin pintar yang mampu milik dan dibangunkan khusus untuk pengguna di Malaysia. Sebanyak dua model disediakan iaitu 1.0HP dengan kapasiti penyejukan sebanyak 9,000 BTU/h. Sementara itu model 1.5HP pula dilengkapi keupayaan penyejukan yang lebih tinggi 12,000 BTU/h.

Ia juga menggunakan gas penyejuk R32 yang menjimatkan bil elektrik dan terdapat teknologi Gold Fin untuk memastikan permukaan lebih tahan terhadap kakisan (karat). Penggunaan bersama aplikasi Prism+ Connect amat disarankan untuk pengalaman lebih baik dan kawalan yang turut boleh disesuaikan. Paling menarik sudah tentulah ciri Geofencing yang membolehkan pengguna menetapkan parameter jarak yang kemudiannya membolehkan penghawa dingin ini diaktifkan/dinyahaktifkan secara automatik.

Aura Smart Air Purifier pula merupakan sebuah penapis udara pintar. Ia direka untuk keluasan ruang sehingga 182 kaki persegi dan mudah dikawal menerusi aplikasi Prism+ Connect. Menariknya lagi apabila ia turut boleh mengesan status kualiti udara semasa ruang. Selain dilengkapi jenis penapis HEPA H13 terkini yang mempunyai ciri anti-bakteria dan anti-bau.

Bagi yang berminat, Prism+ Luna Smart Air Conditioner dijual bermula RM999 (1.0HP) dan RM1,299 (1.5HP). Sementara itu Prism+ Aura Smart Air Purifier pula berharga bermula RM429 (Alphine White) dan RM449 (Space Grey).

Bagaimanapun terdapat harga promosi lebih mudah ditawarkan untuk tempoh masa terhad. Di mana Prism+ Luna Smart Air Conditioner boleh dimiliki pada harga serendah RM799 (1.0HP) dan RM1,099 (1.5HP). Seterusnya Dan Aura Smart Air Purifier pula serendah RM379 (Alphine White) dan RM399 (Space Grey).

Sesi pratempah akan dibuka bermula 1 Mei 2024 melalui laman web ATOME, dan 15 Mei 2024 pula menerusi Lazada serta Shopee. Jaminan sehingga 7 tahun turut disediakan untuk pembelian mana-mana penghawa dingin Luna Smart Air Conditioner ini.

Komen