Carian
Luno Mengacah Penambahan Dua Lagi Kriptowang Baharu Untuk Pengguna Malaysia
April 26, 2024 Aman

Luno merupakan salah satu bursa kriptowang yang popular dikalangan pengguna tempatan. Ia mempunyai lebih 800,000 pengguna di Malaysia, dan kini mengacah pengenalan dua lagi kripotwang tambahan ke platform mereka.

Pada hari ini, terdapat sekitar 11 kriptowang yang ditawarkan melalui Luno, dan majoritinya adalah kriptowang popular, berasaskan rantaian-blok dan penggunaan meluas di pasaran.

Luno Chainlink

Mengikut spekulasi awal, ia berkemungkinan adalah Polkadot dan juga Cosmos. Pihak Luno buat masa ini tidak mengesahkan atau menidakkan apakah kriptowang yang bakal ditambah berkenaan.

Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan apakah kriptowang baharu yang akan diperkenalkan Luno di Malaysia dalam masa terdekat ini.

Komen