Google hari ini telah berkongsi berkenaan perkembangan syarikat mereka, termasuk berkongsi peningkatan pendapatan melalui pengiklanan di YouTube. Salah satu perkara yang turut dikongsikan adalah berkenaan eksperimen paparan iklan yang mula menerima perhatian pengguna, iaitu paparan iklan ketika anda menjedakan sesuatu video.
Sementara video dalam keadaan jeda, iklan dipaparkan. YouTube menguji kaedah pengiklanan ini pada kaca televisyen sahaja buat masa ini, dan dikatakan sebagai pengiklanan yang tidak menganggu pengalaman pengguna.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah eksperimen ini akan diperluaskan lagi. Dengan YouTube yang gembira berkongsi hasil eksperimen ini, tidak mustahil kita melihat ia diperluaskan kepada lebih ramai pengguna tidak lama lagi.
Bagi anda sendiri, adakah anda selesa dengan kaedah pengiklanan di YouTube, atau sudah mula beralih ke YouTube Premium untuk menikmati pengalaman bebas iklan?