Carian
Honor Pad X9 LTE Kini Ditawarkan Dengan Memori Dan Storan Lebih Besar Pada RM1,199
April 27, 2024 Amy Maizuraa

Honor Pad X9 LTE mempunyai variasi baharu dengan kapasiti memori dan storan lebih besar berbanding sebelum ini. Kini ia boleh didapati dengan pilihan memori 8GB RAM + 256GB ROM dan dijual pada RM1,199 sebuah. Ketersediaan adalah bermula sekarang melalui laman web dan pengedar rasmi Honor di seluruh Malaysia.

Honor Pad X9 LTE dipasarkan sebagai sebuah tablet yang sesuai dengan kegunaan harian. Skrin LCD digunakan dengan saiz 11.5-inci 2.5K dan berkadar segar semula 120Hz. Ini digabungkan dengan cip Snapdragon 695, memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman mencapai 256GB untuk tunjang utama. Selain turut memuatkan bateri besar 7,250mAh bersama pengecas disediakan percuma di dalam kotak.

Kepelbagaian tugas juga menjadi mudah menerusi perisian MagicOS 7.1. Enam pembesar suara terbina turut diintegrasikan teknologi Honor Histen untuk pengalaman hiburan lebih baik. Kemudian kamera 5MP digunakan di belakang serta swafoto.

  • Honor Malaysia
Komen