Carian
Program Shell LiveWIRE Malaysia 2024 Buka Peluang Lebih Besar Kepada Startup Berpotensi
April 27, 2024 Amy Maizuraa

Dalam perkembangan startup di Malaysia, ia dilihat berpotensi tinggi dan mampu bersaing di peringkat global dengan sokongan yang tepat. Terbaharu pendaftaran program Shell LiveWIRE Malaysia 2024 telah dibuka. Ia diadakan bertujuan membuka peluang lebih besar kepada syarikat startup yang berpotensi untuk meningkatkan lagi prestasi perniagaan mereka.

Tidak kiralah sama ada masih diperingkat idea perniagaan (pra-permulaan), permulaan peringkat awal (kurang dari 2 tahun), atau sedia ada mempunyai perniagaan, semuanya boleh mengemukan permohonan secara atas talian. Hal ini kerana ia sememangnya direka khusus untuk menyokong dan memperkasakan perjalanan keusahawanan.

Untuk memenuhi kriteria program, setiap syarikat/kumpuan mestilah terdiri dengan sekurang-kurangnya dua orang ahli dan warganegara Malaysia. Idea seharusnya berkaitan dengan sektor yang sejajar dengan tumpuan program seperti inovasi teknologi, impak sosial dan kelestarian alam sekitar. Selain itu mestilah komited sepenuhnya kepada program yang termasuk sesi Bootcamp, Demo Bootcamp dan Demo Day sekiranya terpilih.

Penilaian idea adalah berdasarkan aspek seperti inovasi, kebolehlaksanaan dan potensi impak yang selaras dengan objek LiveWIRE. Seterusnya hanya 30 syarikat teratas dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak akan disenarai pendek untuk menyertai program ini.

Kesemua calon tadi kemudiannya akan menjalani siri bengkel analisis perniagaan yang bersesuaian selama lima hari. Kemudian membentangkan idea masing-masing bagi melayakkan mereka menjadi lima pemenang terbaik sewaktu Demo Day Boothcamp dan membawa pulang hadiah geran RM10,000. Tidak berakhir di situ, calon terbaik tadi turut layak menyertai program pemecut selama tiga bulan yang turut terdapatnya sesi perkongsian bersama mentor. Akhir sekali diberikan geran tambahan RM30,000 pada acara kemuncak Demo Day Programme.

Untuk butiran lanjut mengenai program dan cara mendaftar boleh layari laman web Program Shell LiveWIRE Malaysia 2024.

Komen