Carian
Kelak, Ekosistem Kenderaan Elektrik Perlu Mempunyai Pengesahan Sirim
April 28, 2024 Aman

Kerajaan kini dalam proses untuk memerlukan sejumlah penawaran dan produk dibawah ekosistem kenderaan elektrik mempunyai pengesahan Sirim – sekaligus memastikan kualiti dan keselamatannya. Antara perkara yang akan memerlukan pengesahan Sirim ini di Malaysia adalah termasuk bateri kenderaan elektrik, dan juga stesen pengecasan kenderaan elektrik.

Berkongsi mengenainya, pihak Sirim mengatakan pengesahan dan persijilan Sirim akan diwajibkan untuk fasiliti berkaitan dengan kenderaan elektrik dalam tempoh sekitar dua tahun lagi. Buat masa ini, ia belum dikuasakan lagi dalam usaha memperkembangkan ekosistem kenderaan elektrik di Malaysia.

Selain faktor keselamatan, Sirim juga akan memastikan pelbagai penawaran port pengecasan adalah selari di Malaysia, dan mematuhi piawaian antarabangsa.

Pada hari ini, terdapat sekitar 2020 stesen pengecasan kenderaan elektrik, dan telah terdapat lebih 100,000 kenderaan elektrik berdaftar di Malaysia.

Komen