Meta sedia melakukan pelaburan tinggi pada arena kecerdasan buatan, dan telah mula mengintegrasikan sokongan Meta AI pada beberapa produk, secara berperingkat. Selain penawaran Meta AI sahaja, ia dilihat kelak melalui Instagram, ia akan ditawarkan kemudahan untuk sesiapa sahaja menjana bot khusus yang dikuasakan AI.

Melalui penerangan ringkas, ciri ini akan membolehkan seseorang menghasilkan bot untuk tujuan khusus – dan seterusnya menggunakan untuk diri sendiri, atau turut menawarkan ia secara terbuka. Tidak mustahil, kita kelak melihat kedai bot atau kedai AI ditawarkan oleh Meta untuk pengguna Instagram.
Antara contoh yang diberikan adalah termasuk untuk membantu dalam membeli hadiah, merancang perjalanan percutian, menambah-baik penulisan, menghasilkan meme, membuat beberapa keputusan, dan sebagainya.
Buat masa ini, ciri ini pada peringkat pembangunan, dan tidak diketahui lagi bilakah ia akan ditawarkan kepada semua pengguna seluruh dunia.