Jika kami sebut tentang teman, apa yang ada dalam fikiran anda? Kami yakin rata-ratanya akan menyatakan bahawa teman adalah seseorang yang sentiasa ada dengan kita dalam waktu susah dan senang. Tapi bagaimana kalau teman itu bukanlah orang, tetapi sebaliknya adalah telefon pintar? Benar, jika difikirkan kembali, telefon pintarlah yang akan sentiasa dengan kita 24 jam setiap hari, jika dibandingkan dengan teman manusia. Tetapi untuk mempunyai ‘teman’ yang baik dalam kehidupan seharian, pastinya kita perlu bijak dalam membuat pilihan.
Samsung Galaxy A55 5G Boleh Menjadi Teman Seharian Tanpa Robekkan Poket Anda
Jika teman yang manusia datang dan pergi, ‘teman’ yang ini pula boleh dibeli dan akan sentiasa berada dengan kita. Namun, kita sering dimomokkan dengan telefon murah mesti spesifikasinya pun tidak seberapa. Bukan memperlekehkan bagi anda yang pakai telefon murah, tetapi buat apa habiskan duit beli telefon murah yang cuma ada ciri-ciri asas biasa sahaja, sedangkan anda boleh memiliki telefon yang lebih baik pada julat harga yang lebih kurang sama? Oleh sebab itu, anda perlu membeli Samsung Galaxy A55 5G untuk kegunaan seharian anda. Mengapa kami berkata begitu?
1. Sokongan Kamera Yang Mengagumkan Untuk Peranti Daripada Kelasnya
Adakalanya, untuk sesetengah telefon pintar mampu milik spesifikasi telefon mungkin bagus, tetapi keupayaan kameranya tidaklah begitu memberansangkan. Namun, perkara ini sering diambil ringan kerana persepsi kita tentang telefon mampu milik ini adalah – memadailah dengan harganya, mesti akan ada kebaikan dan kekurangannya.
Tetapi, bagaimana untuk memastikan setiap sen yang kita keluarkan untuk telefon pintar adalah berbaloi dengan apa yang ditawarkan? Oleh sebab itu anda perlu memiliki Samsung Galaxy A55 5G ini. Ini kerana ia dilengkapi gabungan lensa 50MP+12MP+5MP untuk kamera utama dan 32MP untuk kamera swafoto. Kameranya juga menyokong teknologi AI dimana ia dibina khusus untuk penggambaran malam dan dikatakan mampu menghasilkan rakaman yang jitu dalam apa jua situasi pencahayaan.
Menurut Samsung juga, ciri AI ini diintegrasikan daripada teknologi yang sama ditawarkan pada siri Samsung Galaxy S. Malah, sekiranya ada subjek yang tidak diingini atau tidak menepati cita rasa pada gambar anda, ia juga boleh disunting dengan mudah melalui ciri Edit Suggestions dan Image Clipper. Malah, untuk rakaman video sekalipun ia tidak menjadi masalah kerana telefon pintar ini dilengkapi dengan sistem penstabilan yang baik. Pewarnaannya juga kelihatan lebih sekata, tepat dan jitu pada skrin hasil daripada sokongan 12-bit HDR pada telefon pintar ini. Jadi bolehlah merakamkan video dengan cantik dengan nilai estetik untuk kenangan pada masa akan datang.
2. Rekaan Yang Bergaya Untuk Digayakan
Samsung Galaxy A55 5G ini juga membawakan rekaan yang elegan dan memberi aura yang bergaya apabila dipakai. Telefon pintar ini dibina dengan kerangka Corning Gorilla Glass Victus yang mana ia dikatakan agak tahan lasak untuk sebuah peranti daripada kelasnya. Skrin yang digunakan pula adalah panel Super AMOLED dengan sokongan paparan warna yang cantik. Daripada segi kerangka belakang pula, ia dibina dengan bahan aluminium yang menampakkannya agak premium bagi sebuah telefon pintar kelas pertengahan.
3. Ciri Knox Vault Menjadikan Pengalaman Penggunaan Yang Lebih Selamat
Teman yang setia juga akan sentiasa menjaga rahsia kita. Jadi, bagi siri Galaxy A kali ini, Samsung dilihat lebih fokuskan kepada ciri sekuriti baharu mereka, iaitu Knox Vault. Ciri Knox ini direka untuk mengesan jika sistem sekuriti telefon pintar ini terjejas dan ia boleh digunakan untuk menghalang individu yang tidak bertanggungjwab mengakses mana-mana sistem atau aplikasi pada telefon Samsung anda yang mengandungi maklumat sensitif seperti nombor PIN atau kata laluan contohnya di Samsung Pay dan Samsung Pass.
Jadi, melalui ciri Knox Vault ini, data anda akan disulitkan dan akan dipindahkan kepada ruangan storan Samsung Knox Vault, yang mana ia diasingkan sepenuhnya daripada sistem operasi utama bagi mengelakkan data peribadi anda dikompromi. Ciri sekuriti ini boleh diaktifkan secara automatik apabila telefon pintar ini dihidupkan dan akan sentiasa memberi perlindungan yang berterusan agar maklumat peribadi anda tidak dicerobohi.
Melaluinya, anda boleh menggunakan ciri Secure Folder untuk menyimpan segala fail-fail seperti gambar, video, data atau apa apa maklumat peribadi dengan lebih selamat. Anda juga boleh mengunci fail ini dengan meletakkan kata laluan, mengaktifkan ciri biometrik untuk mengelakkan telefon pintar anda digodam. Untuk pengetahuan anda juga, Samsung Galaxy A55 5G ini adalah satu-satunya barisan peranti kelas pertengahan dengan sistem sekuriti paling ketat.
Ada Promosi Untuk Anda Kejar!
Jadi bagaimana? Berminat untuk membeli Samsung Galaxy A55 5G telefon pintar ini? Jika ya, anda boleh dapatkannya pada harga RM1,999 melalui laman rasmi Samsung atau pengedar-pengedar sah Samsung di seluruh Malaysia. Jika anda membeli Samsung Galaxy A55 5G ini, anda boleh dapatkan Samsung Galaxy Buds FE bersama jaminan yang dipanjangkan sehingga 1 tahun yang bernilai RM528 secara percuma. Anda juga boleh menukar beli peranti dan dapatkan rebat sehingga RM300. Malah, jika anda membeli mana mana peranti boleh pakai atau aksesori Samsung, anda juga berpeluang menerima potongan harga sehingga 30%.
Selain itu, jika anda membuat mana-mana pembelian peranti Samsung daripada siri Galaxy A, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM1,000,000. Antara hadiah yang ditawarkan adalah 60 buah Yamaha Y15ZR bersama Galaxy SmartTag2, 180 buah Galaxy Tab S9 FE, dan 360 set Galaxy Buds FE.
Jadi, dengan ciri yang ditawarkan dan promosi yang dijalankan ini, anda berpeluang untuk dapatkan teman setia sepanjang masa yang boleh menjaga rahsia peribadi anda dan menikmati hari-hari anda dengan lebih lancar tanpa perlu robekkan poket anda untuk peranti yang lebih mahal. Oleh itu, jangan lupa dapatkannya Samsung Galaxy A55 5G ini sekarang sementara stok masih ada dan promosi sedang berjalan.
Penafian : Advertorial daripada Samsung Malaysia