Carian
UK Haramkan Penggunaan Kata Laluan Lalai Yang Mudah Diteka Pada Peranti IoT
April 30, 2024 Effi Saharudin

Pengguna peranti berhubung (IoT) semakin meningkat dan popular sejak wujudnya piawaian Matter. Hampir kesemua pengeluar menyokong Matter yang membolehkan ribuan peranti IoT digunakan tanpa sebarang isu kesesuaian. Tetapi pada waktu yang sama, ramai pengguna yang malas untuk menggantikan kata laluan setiap peranti IoT mereka yang menyebabkan mereka terdedah kepada serangan siber.

United Kingdom minggu ini menjadi negara pertama di dunia yang mengeluarkan undang-undang mengharamkan pengeluar menggunakan kata laluan lalai untuk peranti IoT yang mudah diteka. Sekiranya pengeluar gagal mematuhi RUU ini mereka boleh dikenakan denda sehingga £10 juta atau 4% pendapatan tahunan mengikut mana satu yang lebih tinggi.

Secara lazimnya kata laluan lalai yang digunakan adalah mudah ditekan seperti password, Admin dan 123. Selepas ini kata laluan perlu lebih unik bagi memastikan keselamatan pengguna tidak akan mudah diancam oleh penggodam. Selain UK, Kesatuan Eropah (EU) juga akan menguatkuasakan RUU yang sama pada penghujung tahun ini.

Komen