Carian
Luno Menyenaraikan Dua Lagi Kriptowang – Polkadot (DOT) Dan Cosmos (ATOM)
April 30, 2024 Aman

Luno, penyedia bursa dagangan untuk kriptowang di Malaysia, hari ini telah mula menambah sokongan untuk dua lagi kriptowang di Malaysia, iaitu Polkadot dan juga Cosmos. Kedua-duanya kini boleh didagangkan di Luno – sekaligus membolehkan pengguna tempatan untuk membeli dan menjualnya.

Polkadot merupakan salah satu protokola multi-rantaian, dengan kriptowang DOT padanya. Ia menawarkan kebolehan pemindahan antara rantaian berbeza. Ketika artikel ini ditulis, DOT didagangkan pada $6.60.

Cosmos pula memfokuskan kepada penghasilan protokol berasaskan proof-of work yang mengatasi masalah rantaian-blok seperti perlahan dan mahal. Ia menggunakan token ATOM, dan didagangkan pada harga sekitar $8.18 ketika artikel ini ditulis.

Luno telah mula menyenaraikan kedua-dua kriptowang terbaru ini, dijangka akan mengaktifkan proses jual-belinya tidak lama lagi.

Komen