Carian
Acer Chromebook Plus 514 Dilancarkan Dengan Skrin 14″
April 30, 2024 Effi Saharudin

Acer Chromebook Plus 514 telah diumumkan di Taiwan hari ini dengan ia dilengkapi skrin 14″ bagi membolehkan ia digunakan untuk tujuan produktiviti dan pendidikan dengan lebih baik. Skrin 14″ adalah dari jenis IPS CLD dengan resolusi 1920×1080 pixel serta sokongan sentuhan.

Ia dipadankan dengan cip Intel Core i3-N305, grafik Intel UHD, memori 8 GB LPDDR5 SDRAM, storan sehingga 512 GB, PCIe Gen 3 NVMe dan bateri 53 Wh tiga sel yang memberikan masa penggunaan sehingga 11 jam. Kamera yang disertakan pula adalah HD penuh dengan pelbagai ciri mengurangkan hingar serta ciri AI yang meningkatkan kualiti video apabila digunakan.

Tubuh Chromebook Plus 514 melepasi piawaian tahan lasak MIL-STD 810H. Selain itu terdapat dua port USB-C, sat USB-A dan satu pembaca kad SD. Komputer turut menyokong WiFi 6E tetapi tiada sokongan selular. Kesemua komponen ini dimasukkan ke dalam tubuh komputer riba seberat 1.43 kilogram. Acer Chromebook Plus 514 akan dijual pada bulan Mei dengan harga bermula $400 (~RM1900) sebuah.

Komen