Carian
Honor Pad 9 Pro Kini Rasmi – Skrin 144Hz Dan Cip Dimensity 8100
April 30, 2024 Amy Maizuraa

Susulan daripada pelancaran tablet Pad 9 pada Februari lalu, Honor menyediakan pilihan baharu dengan memperkenalkan versi pro pula. Ia telah diumumkan di China dan tidak dapat dipastikan sama ada akan dibawa masuk ke pasaran luar atau sebaliknya.

Honor Pad 9 Pro diberi peningkatan berbanding versi standard baik dari segi reka bentuk mahupun perkakasan dalaman. Bonggol kamera bulat tidak lagi digunakan dan diganti dengan rekaan bujur yang diletakkan pada sudut tepi. Seterusnya terdapat juga penjenamaan Honor yang melengkapi tablet ini.

Untuk spesifikasi tablet ini dilengkapi skrin LCD 12.2-inci dengan resolusi 2560 X 1600 piksel dan kadar segar semula 144Hz. Ia juga dijana cip Dimensity 8100 dengan memori 12GB RAM dan storan dalaman 256GB untuk tunjang utama. Kamera utama sebesar 13MP dan swafoto 5MP juga digunakan pada tablet. Diikuti pula bateri 10,050mAh dengan pengecasan 33W sebagai pelengkap.

Kepelbagaian tugas juga menjadi mudah menerusi perisian MagicOS 8.0 yang dibina berasaskan Android 14. Tablet ini dijual di China dengan harga permulaan RMB2199 (~RM1,446) (8/256GB) dan RMB 2499 (~RM1,644) (12/256GB). Untuk rekod Honor Pad 9 turut sedia dijual di Malaysia dengan harga masing-masing RM1,499 LTE dan RM1,799 untuk versi 5G.

Komen