Carian
Huawei Akan Mengumumkan Barisan Produk Baharu Pada 7 Mei 2024
April 30, 2024 Amy Maizuraa

Berkongsi perancangan terbaharu, Huawei mengesahkan kini dalam persediaan hadir dengan barisan produk baharu. Ia merangkumi produk seperti komputer riba, peranti boleh pakai, aksesori audio dan tablet dengan pelancaran yang dijadualkan berlangsung pada 7 Mei 2024. Namun begitu, Huawei mengambil pendekatan untuk merahsiakan nama modelnya buat masa ini.

Imej promosi rasmi dikongsi menunjukkan rekaan untuk komputer riba berkuasa paling ringan Huawei yang diumumkan di China tempoh hari. Diikuti juga dengan peranti boleh pakai yang dilihat mirip seutas Apple Watch khususnya pada butang berputar yang berwarna merah. Dalam masa sama, terdapatnya penjenamaan Huawei MatePad Series pada poster turut memberi bayangan adanya tablet baharu akan diumumkan bersama kelak.

Satu persoalan yang masih belum terjawab secara sempurna adalah mengenai peranti baharu siri Huawei Pura70. Sehingga kini masih belum ada sebarang perkhabaran sama ada peranti akan dibawa masuk ke pasaran Global atau kekal di China sahaja.

Komen