Carian
FoodPanda Memperkenalkan Penawaran Produk Runcit Dibawah Label Tersendiri, Bright
April 30, 2024 Aman

FoodPanda sedia menawarkan bukan sahaja perkhidmatan penghantaran makanan, tetapi juga penghantaran barangan runcit. Tidak setakat itu, kini FoodPanda juga telah mula membangunkan jenama barangan runcit tersendiri, dinamakan Bright.

Bright ditawarkan secara eksklusif pada platform FoodPanda, dan dibahagikan kepada beberapa kategori, iaitu BrightFarms untuk barangan segar, BrightYums untuk barangan sedia makan dan makanan ringan, serta BrightSpots untuk barangan produk kelengkapan rumah.

Semakan kami mendapati barangan Bright ini telah ditawarkan melalui FoodPanda sejak sebelum ini, dan kini pihak FoodPanda dilihat berkongsi secara rasmi berkenaan penjenamaan produk runcit mereka tersendiri ini.

Penawaran produk Bright ini juga membolehkan pengguna mempunyai lebih pilihan barangan, dan pada harga yang sangat kompetitif.

Komen