Carian
Twitch Mula Memperkenalkan Ciri Seumpama TikTok Kepada Semua Pengguna
May 1, 2024 Aman

Twitch, salah satu laman perkongsian video langsung memfokuskan permainan video, sebelum ini telah menyatakan hasrat bakal menawarkan paparan seumpama TikTok – dimana pengguna boleh menatal kandungan ke atas, sekaligus menemui pelbagai kandungan baharu. Selepas diumumkan beberapa bulan lepas, kini Twitch telah mula menawarkan ciri berkenaan kepada semua pengguna Android dan iOS seluruh dunia.

Dengan ciri baharu ini, Twitch mengatakan pengguna boleh menemui lebih banyak kandungan baharu dengan mudah berbanding sebelum ini. Pengguna boleh menonton sejumlah klip video dan penstriman langsung dengan hanya menatal ke atas atau bawah – seperti pada TikTok.

Bagi anda yang menggunakan Twitch, boleh mengemaskini aplikasi Twitch anda hari ini, dan mengakses ciri baharu ini melalui menu Feed.

Komen